RES'K

RES'K
Repeaters Coordinate:N6.021007, E102.1128 degrees

PROFILE RES'K

LATARBELAKANG DAN SEJARAH PERTUBUHAN PENYELAMAT & KOMUNIKASI KELANTAN (RES’K)

- RES'K' KELANTAN ADALAH SEBUAH PERTUBUHAN NGO YANG DIDAFTAR DI BAWAH AKTA PERTUBUHAN DAN DITUBUHKAN PADA TAHUN 2008. ANGGOTA-ANGGOTA RES’K ADALAH TERDIRI DARIPADA PENGGIAT RADIO AMATUR DARI PELBAGAI BIDANG PEKERJAAN DI MANA MATLAMAT PENUBUHANNYA ADALAH BERTUJUAN UNTUK MEMBERI BANTUAN KOMUNIKASI MELALUI KEMUDAHAN RADIO AMATUR DAN JUGA MENJALANKAN AKTIVITI MENYELAMAT APABILA DIPERLUKAN.

PERTUBUHAN INI TERUTAMA AHLI-AHLINYA BERSEDIA DIPANGGIL PADA BILA-BILA MASA UNTUK BEKERJASAMA MEMBANTU PASUKAN KESELAMATAN TERUTAMA DIMASA BENCANA SEPERTI BANJIR,KEBAKARAN, GEMPA BUMI DAN LAIN-LAIN KEPERLUAN KECEMASAN KHUSUSNYA UNTUK MEMBERI BANTUAN KOMUNIKASI DALAM AKTIVITI MENYELAMAT.

PERTUBUHAN INI MEMPUNYAI REPEATER PERHUBUNGAN YANG DIDAFTARKAN SECARA SAH MELALUI SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA.

RASIONAL PENUBUHAN RES’K –

PENUBUHAN RES’K ADALAH APABILA TIMBULNYA KESEDARAN MELIHAT TERJADINYA PERISTIWA RUNTUHNYA HIGHLAND TOWERS DAN KEADAAN GEMPA BUMI YANG BERLAKU DI ACHEH DI MANA SEMUA TALIAN PERHUBUNGAN AWAM TERPUTUS TERUTAMA TALIAN TELEFON AWAM.

SEHUBUNGAN DENGAN KEJADIAN SEPERTI DI ATAS INILAH BERMULA TITIK TOLAKNYA PENUBUHAN PENYELAMAT & KOMUNIKASI KELANTAN ATAU DI KENALI SEBAGAI RES’K.

PERALATAN MENYELAMAT YANG ADA PADA RES’K ADALAH SEPERTI BOT DAN JET SKI. LAIN-LAIN PERALATAN ADALAH DALAM PROSES PENYEDIAAN.

Frekuensi : 146.6375Mhz -600khz Tone 186.2

MOTO RES’K - SAHABAT SETIA MEMBANTU

VISI - RES’K PERTUBUHAN PENYELAMAT & KOMUNIKASI DIKENALI DAN DISEGANI MENJELANG 2015

MISI - 1. MEMBERI BANTUAN KOMUNIKASI DAN PERALATAN APABILA DIPERLUKAN DALAM SEBARANG KEJADIAN TERUTAMA BENCANA ALAM

2. MENGOPTIMUMKAN GUNA TENAGA APABILA BERLAKU SESUATU BENCANA

3. MEMBERI NASIHAT DAN TUNJUKAJAR DALAM BIDANG KOMUNIKASI

AHLI JAWATANKUASA TERTINGGI RES’K

En. Mohd Fauzi b Omar – Presiden (9W2RRP)

Tn Hj. Shamsuddin b. Mohd Noor – Timbalan Presiden (9W2HDR)

En. Azhar b Mohd Nor – Naib Presiden (9W2GHA)

En. Khaimerol b Omar – Setiausaha (9W2YOL)

En. Shaipuddin b Muhammad – Pen. Setiausaha (9W2CSW)

Tn. Hj. Mohd Razman b Abdullah – Bendahari (9W2RSP)

En. Kamaruddin b. Isa – Pegawai Perhubungan Awam (9W2DJM)

AJK –

En. Abdul Rahim Hamid – 9W2UWI

En. Che Ibrahim b Abdul Hamid – 9W2DIH

En. Mohd Ramizu b Che Abdul Rahman – 9W2WWV

En. Yuseri b Mustafa – 9W2YBM

En. Muhammad Hanif b Wan Ahmad – 9W2HKD

En. Ismail b Omar - 9W2IBO

En. Hassan Basri - SWAL

e-mail :-

reskkelantan@gmail.com

Tel:-

0199107858

Laman web :-

http://reskkelantan.blogspot.com/

Apakah itu Radio Amatur

Apakah itu radio amatur
Radio amatur merupakan salah satu daripada jenis komunikasi yang menggunakan peralatan radio dan elektronik. Penggunaan radio amatur di dalam bidang komunikasi amatlah luas kerana dapat digunakan bagi menghubungkan seorang yang berada samada di dalam kawasan atau ke seluruh dunia dengan menggunakan set radio amatur yang tertentu pada frekuensi yang tertentu.

Seperti yang diketahui umum bahawa komunikasi menggunakan radio amatur hanyalah sekadar bercakap sahaja, tetapi apa yang berlaku kini dengan perkembangan teknologi komunikasi yang begitu pantas, sistem perhubungan yang dahulunya menggunakan sistem analog kini telah bertukar kepada sistem digital yang membenarkan kita bukan hanya dapat bercakap sahaja malahan dapat melihat seperti sebuah televisyen yang boleh dipancarkan hampir ke sebahagian besar dunia. Kebanyakan daripada pengguna radio amatur memancarkan signal mereka melalui satelit yang berada pada orbit di dunia ataupun menggunakan bulan sebagai pemantul isyarat bagi memancarkan isyarat yang dipancarkan oleh set mereka.

Terdapat juga sebahagian daripada mereka berkomunikasi menggunakan "kod Morse" atau CW. Pengendali radio amatur merupakan sebahagian dari penduduk dunia yang mempunyai syarat panggilannya (call sign) sendiri yang merupakan pasport untuk ke seluruh dunia melalui gelombang udara. Sempadan negara, ideologi politik, warna kulit, pangkat atau kedudukan seseorang adalah sama sekali tiada di dalam dunia radio amatur, namun masih terdapat sebahagian kecil lagi negara di dalam dunia ini masih tidak membenarkan penggunaannya di negara sebagai sebahagian dari aktiviti pada masa terluang.

Keseronokan menggunakan perhubungan radio amatur oleh pengendali-pengendalinya ke negara lain menyebabkan sesetengah darinya menghasilkan ikatan persahabatan yang berlarutan yang pada mulanya perjalanan yang jauh menggunakan kapal terbang untuk menemui mereka. Mereka yang dihubungi melalui radio sahaja bagi mengeratkan lagi persahabatan yang sedia ada sebelumnya.

Untuk Pengendali Radio Amatur

Radio amatur adalah untuk semua orang tanpa mengira jantina, umur, pangkat, agama, bangsa atau keupayaan. Sebagai seorang pengendali radio amatur, mereka akan dapat sesuatu yang menyeronokan dengan suatu sentuhan yang agung bagi kepuasan diri mereka. Di Malaysia juga sesiapa sahaja boleh menjadi ahli dan berhubung ke seluruh dunia. Radio amatur akan menyediakan suatu pengalaman yang amat baik untuk menjerumuskan diri kita ke dalam bidang elektronik yang semakin disertai ramai.

Dari sini dapatlah diperhatikan bahawa radio amatur boleh disertai oleh sesiapa sahaja dari golongan bawahan hingga ke peringkat atasan seperti Raja Hussein dari Jordan, Raja Juan Carlos dari Sepanyol, Senator Barry Goldwater dan ramai lagi yang menjadi sebahagian dari masyarakat radio amatur.

Cara beroperasi

Komunikasi melalui radio amatur tidak seperti penggunaan telefon bimbit kerana liputannya tidak terbatas kepada kawasan berpenduduk sahaja. Keupayaan radio amatur bergantung kepada antenanya dan juga jaluran (band) yang digunakan. Semakin tinggi antena (atau semakin banyak elemen sesebuah antena itu, semakin baik keupayaannya).

Di dalam keadaan darurat seperti bencana alam, peranan radio amatur amat menonjol di dalam memberikan kemudahan perhubungan. Contoh aplikasi radio amatur yang digunakan ketika bencana di Malaysia ialah ketika tragedi Highland Towers pada tanggal 11 Disember 1993 yang telah mengorbankan 48 nyawa, apabila Malaysian Amateur Radio Transmitters' Society (MARTS) tampil memberikan kemudahan perhubungan komunikasi di antara lokasi runtuhan dengan hospital. Pada 6 Disember 2008 pula, Malaysian Amateur Radio Emergency Service Society (MARES) telah menubuhkan komunikasi kecemasan di Bukit Antarabangsa, Ampang untuk membantu dalam memberi liputan dan juga bantuan dari segi komunikasi kepada pihak berkuasa yang menjalankan kerja-kerja menyelamat mangsa kejadian tanah runtuh.

Secara asasnya, terdapat 2 jenis komunikasi di dalam radio amatur iaitu secara simpleks dan satu lagi melalui pancar ulang. Simpleks (simplex) merupakan kaedah perhubungan radio secara point to point. Seakan menggunakan radio FRS seperti Motorola Talkabout. Pancar ulang atau repeater pula merupakan perhubungan melalui sejenis peranti yang menerima (RX) dan menghantar (TX) kembali audio kita. Pancar ulang lazimnya terletak di kawasan tinggi seperti di gunung/bukit bagi membolehkan ia menerima dan menghantar semula audio ke tempat yang lain pada jarak yang lebih jauh.

Pancar ulang penting kerana ada kalanya komunikasi agak sukar kerana terlindung oleh halangan seperti struktur binaan manusia seperti bangunan mahupun muka alam seperti bukit dan gunung. Oleh yang demikian, bagi membolehkan audio disampaikan ke kawasan yang terlindung, pancar ulang diperlukan. Di Malaysia hampir kesemua pancar ulang dimiliki oleh persatuan radio amatur seperti MARTS, MARES, ASTRA, JASRA dan lain-lain lagi yang boleh dimanfatkan oleh ahlinya untuk berkomunikasi dengan rakan lain samada secara lokal mahupun transnasional (seluruh negara).

No comments:

Post a Comment