RES'K

RES'K
Repeaters Coordinate:N6.021007, E102.1128 degrees

PROFILE RES'K

LATARBELAKANG DAN SEJARAH PERTUBUHAN PENYELAMAT & KOMUNIKASI KELANTAN (RES’K)

- RES'K' KELANTAN ADALAH SEBUAH PERTUBUHAN NGO YANG DIDAFTAR DI BAWAH AKTA PERTUBUHAN DAN DITUBUHKAN PADA TAHUN 2008. ANGGOTA-ANGGOTA RES’K ADALAH TERDIRI DARIPADA PENGGIAT RADIO AMATUR DARI PELBAGAI BIDANG PEKERJAAN DI MANA MATLAMAT PENUBUHANNYA ADALAH BERTUJUAN UNTUK MEMBERI BANTUAN KOMUNIKASI MELALUI KEMUDAHAN RADIO AMATUR DAN JUGA MENJALANKAN AKTIVITI MENYELAMAT APABILA DIPERLUKAN.

PERTUBUHAN INI TERUTAMA AHLI-AHLINYA BERSEDIA DIPANGGIL PADA BILA-BILA MASA UNTUK BEKERJASAMA MEMBANTU PASUKAN KESELAMATAN TERUTAMA DIMASA BENCANA SEPERTI BANJIR,KEBAKARAN, GEMPA BUMI DAN LAIN-LAIN KEPERLUAN KECEMASAN KHUSUSNYA UNTUK MEMBERI BANTUAN KOMUNIKASI DALAM AKTIVITI MENYELAMAT.

PERTUBUHAN INI MEMPUNYAI REPEATER PERHUBUNGAN YANG DIDAFTARKAN SECARA SAH MELALUI SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA.

RASIONAL PENUBUHAN RES’K –

PENUBUHAN RES’K ADALAH APABILA TIMBULNYA KESEDARAN MELIHAT TERJADINYA PERISTIWA RUNTUHNYA HIGHLAND TOWERS DAN KEADAAN GEMPA BUMI YANG BERLAKU DI ACHEH DI MANA SEMUA TALIAN PERHUBUNGAN AWAM TERPUTUS TERUTAMA TALIAN TELEFON AWAM.

SEHUBUNGAN DENGAN KEJADIAN SEPERTI DI ATAS INILAH BERMULA TITIK TOLAKNYA PENUBUHAN PENYELAMAT & KOMUNIKASI KELANTAN ATAU DI KENALI SEBAGAI RES’K.

PERALATAN MENYELAMAT YANG ADA PADA RES’K ADALAH SEPERTI BOT DAN JET SKI. LAIN-LAIN PERALATAN ADALAH DALAM PROSES PENYEDIAAN.

Frekuensi : 146.6375Mhz -600khz Tone 186.2

MOTO RES’K - SAHABAT SETIA MEMBANTU

VISI - RES’K PERTUBUHAN PENYELAMAT & KOMUNIKASI DIKENALI DAN DISEGANI MENJELANG 2015

MISI - 1. MEMBERI BANTUAN KOMUNIKASI DAN PERALATAN APABILA DIPERLUKAN DALAM SEBARANG KEJADIAN TERUTAMA BENCANA ALAM

2. MENGOPTIMUMKAN GUNA TENAGA APABILA BERLAKU SESUATU BENCANA

3. MEMBERI NASIHAT DAN TUNJUKAJAR DALAM BIDANG KOMUNIKASI

AHLI JAWATANKUASA TERTINGGI RES’K

En. Mohd Fauzi b Omar – Presiden (9W2RRP)

Tn Hj. Shamsuddin b. Mohd Noor – Timbalan Presiden (9W2HDR)

En. Azhar b Mohd Nor – Naib Presiden (9W2GHA)

En. Khaimerol b Omar – Setiausaha (9W2YOL)

En. Shaipuddin b Muhammad – Pen. Setiausaha (9W2CSW)

Tn. Hj. Mohd Razman b Abdullah – Bendahari (9W2RSP)

En. Kamaruddin b. Isa – Pegawai Perhubungan Awam (9W2DJM)

AJK –

En. Abdul Rahim Hamid – 9W2UWI

En. Che Ibrahim b Abdul Hamid – 9W2DIH

En. Mohd Ramizu b Che Abdul Rahman – 9W2WWV

En. Yuseri b Mustafa – 9W2YBM

En. Muhammad Hanif b Wan Ahmad – 9W2HKD

En. Ismail b Omar - 9W2IBO

En. Hassan Basri - SWAL

e-mail :-

reskkelantan@gmail.com

Tel:-

0199107858

Laman web :-

http://reskkelantan.blogspot.com/

Sunday, October 24, 2010

Jalinan Kerjasama RES K dan UTM



Pada 23 Oktober 2010 yang lalu, sekumpulan pelajar dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pusat pembelajaran Kota Bharu telah mengadakan satu penyelidikan berkenaan tasik di Danau To' Uban. Seramai 20 orang pelajar yang diketuai oleh Dr. Shamila Azman Pensyarah Kanan, Jabatan Kejuruteraan Alam Sekitar, Fakulti Kejuruteraan Awam, UTM berada selama sehari untuk membuat kajian mengenai tasik di Danau To Uban.






RES K atau Pertubuhan Komunikasi Dan Penyelamat Kelantan diminta untuk membantu dalam proses penyelidikan tersebut dari segi penyediaan bot, keselamatan pelajar di air dan navigasi di dalam tasik. Sebanyak tiga (3) buah bot digunakan dalam proses penyelidikan berkenaan yang merangkumi 5 tapak sekitar Danau To' Uban.
Turut hadir pada hari tersebut presiden kelab Mohd Fauzi @ 9W2RRP bagi memantau kerjasama yang dijalinkan dan memberi penerangan sedikit sebanyak mengenai keselamatan semasa berada di air, latarbelakang kelab dan penggunaan radio amatur.


Pada akhir program tersebut wakil pelajar menyerahkan surat penghargaan tanda terima kasih kepada presiden di atas kerjasama yang diberikan. Di antara ahli RES K lain yang terlibat dalam menjayakan program ini adalah 9w2CXY (Abe Din), 9W2IRH (Haizul), 9w2UWI (Ustad Wi), 9W2CSW (Cikgu Din) dan ramai lagi.
Program seperti bukan sahaja memertabatkan lagi nama RES K bahkan dapat mewujudkan satu hubungan yang baik di antara badan NGO RES K khususnya dengan badan-badan lain.

Wednesday, October 13, 2010

Monday, October 4, 2010

Mesyuarat Khas AMT RES'K"

Mesyuarat Khas AMT pembentangan akaun RES'K' telah diadakan pada hari Sabtu 2 Oktober 2010 di kedai "Mak Tuk".

Akaun telah dibentangkan oleh 9W2RSP dengan baik dan telah menyerahkan urusan akaun kepada 9W2GHA sementara beliau mengerjakan haji pada 18 Oktober 2010.

Saturday, September 4, 2010





"Krew Res'K' Pakar Panjat Tower 9W2IBO (baju Hijau ) dan rakan menjalankan kerja penambahbaikan.











9W2WWV, 9W2HDR dan 9W2YBM sempat posing di lokasi repeater 9M4RDD






Friday, September 3, 2010


















9M2SIX 9W2HBW,9W2WRI,9W2YBM sedang memasang antenna HF di atas jelopi Pak Nan (9M2SIX)















Antara peralatan dalam Jelopi 9M2SIX

















9W2HBW berhati-hati semasa pemasangan antenna tu......takut jatuh

















9W2ASO(Abg Soh) asyik memandang 9W2YBM memasang antenna Yagi......

















9W2IBO (Pak Ibo) dok tengah karai tali wau ko tu..........oops rupa-rupanya Pak IBO dok tengah tambat tali guy antenna mobile repeater.....






















Hati-hati yang di atas jelopi tu......nanti jatuh macam buah nangka busuk kan.......















Dari pandangan jauh antenna HF (mobile repeater) sudah siap dipasang.....
















Setelah sudah siap memasang antenna HF,tiba masanya rakan-rakan RES'K untuk berbuka puasa beramai-ramai...

















Mari mana pulak dua orang musafir ni, tok misai 9W2HBW tunjuk air gapo pulak tu....9W2CXY pulak dok kebek air kuning..

















Tibalah masanya 9M2SIX menunjukkan demonstrasi pengendalian Radio HF kepada rakan-rakan HAM..

















CQ.....CQ....This is 9W2 Delta Juliet Mike, is anybody on the frequency......please respond....

















Antara peralatan Radio HF...........

Wednesday, September 1, 2010

Merdeka Field Day RES'K' Penuh Gemilang


















9w2DJM Pengerusi KRT Taman Lati memberi ucapan alu-aluan.


















Presiden Pertubuhan Penyelamat dan Komunikasi Res'K 9W2 RRP, Pengarah Jabatan Perpaduan dan Intergrasi Nasional Negeri Kelantan Tuan Hj. Abd.Hadi bin Mohd Sallah SMK dan 9W2 DJM selaku Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga Taman Lati Pasir Mas.






















9W2RRP (Pak Presiden Res'K) mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.


















Tuan Pengarah Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional Negeri Kelantan, Tuan Hj.Abd Hadi Mohd Salleh mengucapkan tahniah dan syabas kepada pengurusan KRT Taman Lati Res'K kerana berjaya mengadakan program menyemarakkan bulan Kemerdekaan ke 53.

















Peserta konvoi Merdeka Field Day mendengar ucapan perasmian sebelum konvoi bermula. Penghayatan semangat merdeka disegarkan kembali. Semoga sejarah merdeka mengajar kita erti merdeka terutama bagi generasi muda pada hari ini.


















9M2 SIX mengadakan demonstrasi menggunakan "mobile repeater" dan perhubungan "high frequency Radio amateur" serta mengadakan komunikasi sempena sambutan Hari Merdeka dengan 9m2 seluruh negara.9W2 DJM QSO dengan 9M2 YRS QTH Kelana Jaya.. "High Frequency" adalah jalur yang dapat menghubungkan secara langsung "simplek" tanpa repeater penting semasa berlaku bencana alam.


















"MC" yang tersohor dari RES'K mengendalikan program tak lain tak bukan ialah 9w2 CSW!.. kalau dijemput biasanya dapat "samas serial"


















"Pak Nan" atau 9M2 SIX seorang pengamal "radio amateur" yang hebat dengan peralatan perhubungan bersedia menghadapi saat bencana bagi membantu menyelamat dengan peralatan komunikasi radio. " Kalau anda terjumpa 4x4 yang "anih" banyak antena dan perlatan tuu.. jangan lupa tengok "callsign ". Orangnya mudah diajak berbicara dan tidak lokek pengetahuan tentang radio amateur.
















Penyampaian sijil kehadiran kursus menyelamat di air oleh 9w2 RRP kepada 9w2IRH sempena kursus penyelamat di Danau Tok Uban pada bulan Julai yang lalu. RES'K bersedia bersama membantu menyelamat sapertimana nama Pertubuhan Komunikasi dan Penyelamat Kelantan dengan singkatan namanya RES'K'


















Individu glamour dikalangan ahli radio amateur"Pak Sayidina" dengan callsign amateur 9w2 SYD menyampaikan puisi sempena Sambutan hari Merdeka. Beliau juga bertugas menjadi pengadil menghias jelopi Jalur Gemilang. Terima kasih atas kerjasama anda.


















Krew pelancaran bunga api sempena detik 12.00 malam menungu "countdown" bermula 10, 9, 8, 7, 6, 5, 4, 3, 2, 1 .. maka berdentumlah dengan percikan bunga api. TengoK!! 9w2GHA tutup muka dah..tak cucoh lagi tuu!






















Wooiii!!! hebat!! -sebanyak 138 das letupan bunga api dilancarkan keudara di perkarangan Pejabat KEMAS Lubok Jong, Pasir Mas. Suasana warna warni menghiasi diudara. Semoga program ini akan dapat adakan dimasa-masa akan datang. Syabas!! RES'K'

BERITA

RES 'K' telah berjaya mengadakan sambutan Hari Merdeka ke 53 pada 30 Ogos 2010 dengan penuh gemilang. Bermula dengan pertandingan menghiasi Jelopi Jalur Gemilang, Pelepasan konvoi Jalur Gemilang mengelilingi Bandar Pasir Mas hingga Bandar Rantau Panjang dan seterusnya majlis berbuka puasa.

Pada sebelah malam pula program diisi dengan jamuan "colek" sambil mendengar puisi Merdeka, Perhubungan "High Frenquncy Radio Amateur" ke seluruh Negara dan diakhiri dengan percikan bunga api di Perkarangan Pejabat Kemas Lubok Jong Pasir Mas.

Program mendapat kerjasama dari Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional dan juga Koperasi Pekebun Getah Pasir Mas Berhad. Pihak media Akhbar Sinar Harian, Berita Harian dan RTM turut memberi sokongan. Pihak Jawatan Tertinggi merakamkan setinggi terima kasih kepada semua pihak yang terlibat. Dengan harapan program sambutan Hari Merdeka akan datang dapat diadakan dengan lebih bermakna dan penuh gemilang. Tahniah RES'K Sahabat Setia Membantu.




Tuesday, August 31, 2010

KONVOI KEMERDEKAAN 2010
















Jelopi 9W2IBO dihiasi dengan Jalur Gemilang yang turut serta berkonvoi....













Salah seorang peserta sedang melekatkan bendera Jalur Gemilang atas jelopinya...













Inilah salah satu jelopi yang tidak memenangi apa-apa hadiah. Jelopi 9W2Charlie Sieera Wish...













Tersongih bapa budak ni. Menang ke apa-apa hadiah yang disediakan pihak penganjur, 9W2HBW??












































Untuk Besarkan Klik Imej
Posted By 9W2RSP

Saturday, August 21, 2010

Cadangan Merdeka Field Day



RES 'K' bercadang akan mengadakan program Merdeka Field Day sebagaimana dibawah:-

Tarikh : 30 Ogos 2010
Lokasi : Perkarangan Pejabat Kemas Lubok Jong
Penyertaan : Terbuka Rakan radio amatur/SRS tempatan
Bayaran : RM10.00 seorang -(buka puasa/ccolek) @RM30.00 sekeluarga
(Ahli RESK RM20.00)
Bendera : satu sahaja dibekalkan- nak lebih bawa sendiri, nak hak besar pun bawa sendiri

Pendaftaran : 9w2CSW/DIH/IBO/DJM
Tarikh tutup : 28 Ogos 2010

Aturcara :

4.30 petang : Solat asar di Masjid Lubok Jong
: Berkumpul di Komplek Kemas Lubok Jong
: Flag off konvoi Jalur Gemilang melalui
Hospital Lati/Bandar Pasir Mas /Pohon Tanjong/
Rantau Panjang/Lubok Jong

7.15 ptg : Buka Puasa/solat magrib/isya/tarawih -masjid Lubok Jong
atau sekitar

10.00 mlm : Makan ccolek/ Demo Mobile Repeater dan HF

11.30 mlm : Ucapan ambang merdeka oleh Jemputan Khas

11.58mlm : Count down Detik 12.00 malam dan pertunjukan bunga api
: check net merdeka dan HF

Jawatankuasa :
1. Urusetia induk - 9w2RRP Pengerusi
Ahli - 9w2HDR/9w2GHA/9w2YOL/
9w2CSW/9w2RSP

2. Perarakan -9w2GHA/IBO/9m2SIX
3. Tempat/makan minum - 9w2DIH/SCH/CXX/IBO
4. Demo - 9m2SIX/WRI/WWV/
6. Audio/visual - 9w2CSW/ZHN/SCH
7. Rakaman -9w2IRH/HDR
8. Bunga Api - 9w2DTG/IBO
9. Publisiti & media - 9w2DJM

Tuesday, August 17, 2010

Tatacara Setting ICOM V8000 & V2200




Untuk panduan rakan yang belum berkemahiran memasukan Frenkuensi Baru ke dalam Mobil Rig jenis ICOM V8000/V2200
Langkah-Langkah Memasukkan Frenkuensi Repeter
Setting Guna ptt
1. Tekan VFO
2. Tekan Ent C
3. Taip Frekuensi yang dikehendaki
4. Untuk Masukan minus (-) dan simbol togel (tone)
- tekan 7 - utk dapatkan simbol (-)
- tekan Function -
- tekan 7 - untuk dapatkan simbol (togel)
Untuk Masukan Plus (+)
- tekan 8
- tekan Function
- tekan 8
5. Pilih nilai tone dan Minus (Cth - 600)
- Tekan Set B (berulang kali sehingga jumpa menu tone dan minus yang dikehendaki)
- Untuk dapat nilai tone/minus yang betul -tekan anak panah turun naik
Bila dah dapat semuanya tekan ptt
6. Untuk masukkan Frenkuesi dalam no memory
(sebelum ini anda telah mengenalpasti no yang kosong)
Tekan : Function
Tekan : Clr A
Tekan : Pilih No Memory yang kosong (guna turun naik/pusing tombol)
Tekan : Function
Tekan : Clr A (selama 3 second - sehingga bunyi 'bib' 2 X)

7. Akhir sekali tekan MR/Call

Langkah-Langkah Memasukan Frenkuensi Simpleks

Setting Guna ptt

1. Tekan VFO
2. Tekan Ent C
3. Taip Frekuensi yang dikehendaki
4. Tone/Minus tak perlu set
5. Untuk masukan Frenkuesi dalam no memory
(sebelum ini anda telah mengenalpasti no yang kosong)
Tekan : Function
Tekan : Clr A
Tekan : Pilih No Memory yang kosong (guna turun naik/pusing tombol)
Tekan : Function
Tekan : Clr A (selama 3 second - sehingga bunyi 'bib' 2 X)
Akhir sekali tekan MR/Call

Thursday, August 12, 2010

Album kursus menyelamat di air dan pengendalian bot....

Kem Komander (9W2DIH) memberi taklimat kepada peserta kursus..


Peserta-peserta kursus sedang kusyuk mendengar taklimat...

Bergambar di hadapan bot penyelamat yang baru tiba.....

Mendengar penerangan daripada pegawai bomba sebelum turun ke air.....

Wira-wira Res'K sedang menyelamat seorang PATI (pendatang asing tanpa izin).....

Dua orang PATI masih lagi di air tunggu diselamatkan oleh anggota Res'K..

Ni PATI mana pulak....menadah kedua tangan berdoa untuk diselamatkan...

Kesian......nampaknya 9W2YBM dan 9W2IBO kesejukan
kedua pendatang asing tanpa izin (PATI) ni......

Waduh Pak!!!!! angkat ibu jari pulak tu....mentang-mentang berjaya diselamatkan..

Mak...oiiii... 9W2YBM dan 9W2CSW, apa yang ditunjuk tu.....rasanya
dah sampai di perairan Malaysia kah pak?

Salah seorang pengawal sempadan 9W2GHA.....ganteng juga orangnya pak..

Jangan dok tersongih di air tu.....Jaws kat bawah tu lagi tersongih menanti mangsa...

Ni...tali apa pulak....Tu tengok sapa yang tangannya terkapai-kapai dalam ayak.....

La......ada lagi PATI yang belum diselamatkan....9W2YBM dan 9W2RRP....

Cepat sikit naik......JAWS dok tengah mengganas tu.....

ADOI mak!!!! Pelan-pelan la tarik tu......batu ambo terkepit ni..

Ni 3 stooges mana pulak dalam air.....tak reti ke dalam air tu ada pirana....

Nampak relaks aje....

Hooray......semua PATI dah berjaya diselamatkan.....

Beyes.......

SELESAI TUGASAN MENYELAMAT.....BALIK KE BASE......







photo by 9W2IRH
edited by 9W2RSP