
9w2DJM Pengerusi KRT Taman Lati memberi ucapan alu-aluan.
Presiden Pertubuhan Penyelamat dan Komunikasi Res'K 9W2 RRP, Pengarah Jabatan Perpaduan dan Intergrasi Nasional Negeri Kelantan Tuan Hj. Abd.Hadi bin Mohd Sallah SMK dan 9W2 DJM selaku Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga Taman Lati Pasir Mas.
9W2RRP (Pak Presiden Res'K) mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.

Tuan Pengarah Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional Negeri Kelantan, Tuan Hj.Abd Hadi Mohd Salleh mengucapkan tahniah dan syabas kepada pengurusan KRT Taman Lati Res'K kerana berjaya mengadakan program menyemarakkan bulan Kemerdekaan ke 53.

Peserta konvoi Merdeka Field Day mendengar ucapan perasmian sebelum konvoi bermula. Penghayatan semangat merdeka disegarkan kembali. Semoga sejarah merdeka mengajar kita erti merdeka terutama bagi generasi muda pada hari ini.
9M2 SIX mengadakan demonstrasi menggunakan "mobile repeater" dan perhubungan "high frequency Radio amateur" serta mengadakan komunikasi sempena sambutan Hari Merdeka dengan 9m2 seluruh negara.9W2 DJM QSO dengan 9M2 YRS QTH Kelana Jaya.. "High Frequency" adalah jalur yang dapat menghubungkan secara langsung "simplek" tanpa repeater penting semasa berlaku bencana alam.
"MC" yang tersohor dari RES'K mengendalikan program tak lain tak bukan ialah 9w2 CSW!.. kalau dijemput biasanya dapat "samas serial"
"Pak Nan" atau 9M2 SIX seorang pengamal "radio amateur" yang hebat dengan peralatan perhubungan bersedia menghadapi saat bencana bagi membantu menyelamat dengan peralatan komunikasi radio. " Kalau anda terjumpa 4x4 yang "anih" banyak antena dan perlatan tuu.. jangan lupa tengok "callsign ". Orangnya mudah diajak berbicara dan tidak lokek pengetahuan tentang radio amateur.

Penyampaian sijil kehadiran kursus menyelamat di air oleh 9w2 RRP kepada 9w2IRH sempena kursus penyelamat di Danau Tok Uban pada bulan Julai yang lalu. RES'K bersedia bersama membantu menyelamat sapertimana nama Pertubuhan Komunikasi dan Penyelamat Kelantan dengan singkatan namanya RES'K'
Individu glamour dikalangan ahli radio amateur"Pak Sayidina" dengan callsign amateur 9w2 SYD menyampaikan puisi sempena Sambutan hari Merdeka. Beliau juga bertugas menjadi pengadil menghias jelopi Jalur Gemilang. Terima kasih atas kerjasama anda.

Krew pelancaran bunga api sempena detik 12.00 malam menungu "countdown" bermula 10, 9, 8, 7, 6, 5, 4, 3, 2, 1 .. maka berdentumlah dengan percikan bunga api. TengoK!! 9w2GHA tutup muka dah..tak cucoh lagi tuu!
Wooiii!!! hebat!! -sebanyak 138 das letupan bunga api dilancarkan keudara di perkarangan Pejabat KEMAS Lubok Jong, Pasir Mas. Suasana warna warni menghiasi diudara. Semoga program ini akan dapat adakan dimasa-masa akan datang. Syabas!! RES'K'
BERITA
RES 'K' telah berjaya mengadakan sambutan Hari Merdeka ke 53 pada 30 Ogos 2010 dengan penuh gemilang. Bermula dengan pertandingan menghiasi Jelopi Jalur Gemilang, Pelepasan konvoi Jalur Gemilang mengelilingi Bandar Pasir Mas hingga Bandar Rantau Panjang dan seterusnya majlis berbuka puasa.
Pada sebelah malam pula program diisi dengan jamuan "colek" sambil mendengar puisi Merdeka, Perhubungan "High Frenquncy Radio Amateur" ke seluruh Negara dan diakhiri dengan percikan bunga api di Perkarangan Pejabat Kemas Lubok Jong Pasir Mas.
Program mendapat kerjasama dari Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional dan juga Koperasi Pekebun Getah Pasir Mas Berhad. Pihak media Akhbar Sinar Harian, Berita Harian dan RTM turut memberi sokongan. Pihak Jawatan Tertinggi merakamkan setinggi terima kasih kepada semua pihak yang terlibat. Dengan harapan program sambutan Hari Merdeka akan datang dapat diadakan dengan lebih bermakna dan penuh gemilang. Tahniah RES'K Sahabat Setia Membantu.